Kesihatan diri merupakan
harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa
sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan
pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca
utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung
ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan
yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur
sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri
Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal
kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai
masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh
orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami
kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Sumber dari berita harian
Makanan seimbang ialah
pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan
makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan
artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan
daripada makanan seimbang ini.
1. Pembesaran manusia
itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua
keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada
keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan
seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan
sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin
yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup
ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang
jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia
dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.
Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai
kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal
kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam
pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang
kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan
sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka
untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu
menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu
mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental
seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang
tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah
letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk
menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang
seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental
manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan
yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja
individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif
daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu
berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah
pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah
pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
No comments:
Post a Comment