MENU UTAMA
HOME | SARAPAN PAGI | MENU TENGAH HARI | MENU MALAM | TIP SIHAT | ALAT SENAMAN | RAHSIA MAKAN | MAKANAN TERBAIK |
Tuesday, 19 September 2017
Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamat yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masabagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihurung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan,masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka.Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. Ingatlah slogan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan bahawa, “Negara bersih, rakyat sihat”.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. Sesuai dengan falsafah moden yang berbunyi, “Carilah sahabat yang dapat dijadikan ubat, dapat dijadikan penawar hati”.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
Wednesday, 13 September 2017
Tips Diet Seimbang
Banyakkan
makan makanan yang berbuah
Kalau nak kira memang
banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah
apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua
jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.Banyakkan juga
memakan kekacang. Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein,
karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya
yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk
seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
Banyakkan
minum air
Air adalah sangat
penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan
pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai
pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang
11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh
dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6
hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman
lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
Kurangkan
kandungan lemak dalam makanan
Sebenarnya
lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja
dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan
pengambilan lemak berlebihan dengan:
a.
Memilih makanan yang rendah lemak dan
kolesterol.
b.
Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang
sedikit sahaja.
c.
Mengurangkan penggunaan santan atau minyak
kelapa dalam masakan.
d.
Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan
kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
e.
Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat
(seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
f.
Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti
membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada
menggoreng.
Kurangkan
gula
Makanan yang diproses
dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang
memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran
gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa
vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda
menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang
dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan seba
Kurangkan garam
Kurangkan garam
Makanan segera,
makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti
kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam
boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada
serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu
banyak air di bawah kulit (edema).
Kepentingan Makanan Berkhasiat
Kesihatan diri merupakan
harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa
sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan
pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca
utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung
ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan
yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur
sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri
Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal
kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai
masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh
orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami
kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Sumber dari berita harian
Makanan seimbang ialah
pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan
makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan
artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan
daripada makanan seimbang ini.
1. Pembesaran manusia
itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua
keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada
keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan
seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan
sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin
yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup
ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang
jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia
dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.
Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai
kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal
kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam
pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang
kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan
sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka
untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu
menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu
mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental
seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang
tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah
letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk
menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang
seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental
manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan
yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja
individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif
daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu
berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah
pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah
pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ra...
-
Banyakkan makan makanan yang berbuah Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah b...
-
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masya...