SARAPAN PAGI

Sarapan pagi adalah waktu makan yang mungkin sering terabai, entah kerana terburu-buru untuk ke tempat kerja atau sekolah, atau kerana tidak sempat menyiapkan sarapan. Padahal manfaat sarapan pagi sangatlah banyak dan penting bagi tubuh kita.

Sarapan pagi adalah penting untuk membantu membekalkan tenaga untuk tubuh badan anda. Hidangan sarapan pagi haruslah seimbang dan berkhasiat. Sesibuk mana pun anda, pastikan anda mengambil sarapan yang berkhasiat.

Pengambilan sarapan pagi semestinya penting dalam kehidupan seharian. Tetapi tahukah anda bahawa sarapan tidak semestinya melibatkan kalori yang banyak?

MENU SIHAT SARAPAN PAGI

Oatmeal
Oatmeal ini memang tawar namun oatmeal ini mengandungi banyak serat, kalsium dan zat besi yang penting untuk tubuh. Jikalau anda tidak gemarkan rasa tawarnya, anda boleh tambahkan susu dan buah-buahan segar untuk menambahkan rasa dan juga menambahkan khasiatnya. Makanan yang berasaskan dari gandum ini boleh membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan kadar kolestrol dan membantu dalam mengurangkan berat badan.

Telur
Telur mengandungi protein, asid lemak dan omega 3 yang baik untuk tubuh anda. Beberapa biji telur rebus dan goreng boleh buatkan anda rasa kenyang sehingga ke tengah hari.
Roti 
Kandungan serat dan karbohidrat dalam roti gandum lebih tingi dibandingkan dengan roti putih yang biasa anda makan. Jadi tukarkan roti putih anda kepada roti gandum sewaktu sarapan.

No comments:

Post a Comment

Jom Sihat