Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting
seperti sarapan pagi dan makan tengah hari.Makan malam sering kali diabaikan oleh
sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Antara
kesalahan yang sering dilakukan makan pada lewat malam, makan makanan yang
berat / berminyak dan makan dalam kuantiti yang banyak. Saya berikan panduan
makan malam secara sihat buat anda supaya makan malam anda berkualiti.
Makan malam penting untuk membekalkan tenaga dan nutrien untuk
keperluan tubuh badan.Pengambilan makanan yang teratur penting untuk memastikan
tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk
berfungsi dengan normal.
8
panduan makan malam secara sihat!
Utamakan
makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan
anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta
sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
Hadkan
pengambilan makanan yang bergoreng ,berlemak dan berminyak. Ketahuilah saiz
hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
Waktu makan
malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 Sekiranya anda
tidur lewatdan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum
tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
Tidak
digalakkan mengambil makanan pada lewat malam.Ini adalah kerana pengambilan
makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan
mengganggu tidur anda.
Elak makan
malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa
banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.
Elak
mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh
mengakibatkan gangguan tidur.
Sekiranya
anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis
makanan yang dihidangkan.Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan
yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air
kosong.




No comments:
Post a Comment